Selamat Melaksanakan Tugas

Minggu ke-4 dah. Banyak tugasan perlu dibuat.

Iklan Permohonan JAKIM

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN DARUL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012/2013 KINI DIBUKA.

Software Jawi

Download dan panduan mudah untuk install jawi dan arab di laptop dan dekstop.

Gambar hiasan jer..tapi pakcik ni mendakwa dirinya profesor fizik kerajaan Malaysia.

Formula ini bukan pakcik dalam gambar ni yang kenalkan, mungkin dia tahu tentangnya, tapi sumber daripada lain. Sekadar gambar hiasan.

Ujian Personaliti Diri

Try2 kot2 same lak...mane tahu kan tapi ape pun kenali diri anda..satu motivasi ni..

Mudah BA

Wednesday, November 11, 2009

Sejauh manakah institusi pendidikan negara memainkan peranan dalam membendung masalah sosial dalam kalangan remaja khususnya?

Kini kita mempunyai subjek pendidikan sivik, pendidikan moral, dan pendidikan Islam yang menjadi elemen penting dalam usaha membangun sahsiah dan menanamkan nilai-nilai moral yang murni dalam pemikiran anak-anak muda. Pengenalan subjek pendidikan sivik yang berkuatkuasa pada lewat kebelakangan ini secara jujurnya memang satu tindakan yang baik walaupun saya tidak berpeluang mempelajarinya. Kerana ia mula diperknalkan semasa saya di tingkatan lima. Walau bagaimanapun, usaha ini satu tindakan daripada pihak kementerian yang boleh dianggap membantu namun penerapan dalam diri pelajar itu sendiri masih belum mencapai sasaran. Kita juga mempunyai subjek pendidikan moral bagi pelajar bukan Islam dan subjek pendidikan Islam untuk pelajar Islam dalam proses membentuk sahsiah remaja. Sekiranya difikir-fikirkan, itu sudah memadai sebagai subjek teras yang diajar di sekolah. Hal ini kerana matlamat pengajaran ketiga-tiga subjek ini sama sahaja. Saya tidak mengatakan subjek pendidikan sivik ini hanya sia-sia atau membebankan pelajar. Tetapi, secara hakikatnya subjek pendidikan Islam itu sudah lengkap dan boleh dipermantapkan lagi dengan sukatan yang baru seperti meletakkan unsur-unsur sivik di dalam silibusnya. Begitu juga dengan pendidikan moral. Penambahan subjek sivik ini memang usaha yang bagus tetapi ia memakan masa tambahan sedangkan subjek yang sedia ada sebelum ini pun guru-guru tidak dapat menghabiskannya dengan sempurna dan tepat pada masanya kerana tempoh P&P yang singkat. Saya fikir lebih baik tempoh P&P bagi subjek pendidikan Islam dan Moral dipanjangkan berbanding menambah subjek dalam jadual pelajar sedangkan subjek tersebut mempunyai matlamat yang sama.

Sepanjang pengalaman saya menjadi guru ganti di sebuah sekolah, saya dapati peratus pelajar yang tidak celik al-Quran sangat tinggi. Belum lagi yang tidak tahu cara untuk solat dan sebagainya. Sangat sedih rasanya jika anak-anak kita yang telah berusia 13-17tahun tetapi masih tidak pandai mengenal huruf jawi. Tidak tahu solat, mandi hadas besar dan perkara asas fardhu ain yang lain. Tambah menyedihkan lagi jika tidak tahu mengambil wudhu'. Sepanjang saya mengajar pada awal tahun ini, saya berpeluang mengajar subjek pendidikan Islam bagi tingkatan 1-4 dan juga subjek amalan bahasa Melayu bagi kelas peralihan. Walaupun tempoh saya mengajar amat singkat iaitu sekitar empat bulan sahaja, itu sudah memadai untuk saya memerhati perkembangan persekolahan pada masa ini.Walaupun saya baru tamat tingkatan enam, tetapi suasana persekolahan amat jauh berbeza ketika saya masih menuntut di tingkatan1-5 dahulu. Mungkin saya mengambil aliran agama sebab itulah saya rasa ia berbeza, tetapi ia memang berbeza. Kalau dahulu saya belajar di kelas aliran agama di sebuah sekolah menengah kebangsaan, saya dapat rasakan betapa beruntung dan bangganya kerana terpilh masuk di dalam kelas tersebut dan berusaha untuk menjaga nama baik kelas dan aliran. Kini setelah saya meninggalkan sekolah tersebut selama tiga tahun, saya kembali sebagai pekerja kantin di sekolah tersebut bagi mengisi masa yang terluang sambil menjenguk sekolah lama kerana dek menunggu keputusan STPM. Walaupun hanya bekerja selama sebulan, itu sudah memadai mengubat rindu saya pada suasana di sekolah lama. Saya pernah terdengar kes tangkap khalwat dalam kalangan adik-adik junior saya daripada mulut adik-adik junior yang mengenali saya. Memang menyedihkan kerana jika berada di dalam kelas aliran agama bagi saya itu adalah perkara yang boleh memalukan guru-guru agama dan guru-guru lain dan juga boleh mencalarkan maruah Islam dan memesongkan pandangan pelajar lain terhadap kredibiliti kelas tersebut.

Kini saya berpeluang melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pendidikan yang sememangnya dididik untuk menjadi pendidik. Saya mula berfikir, apakah yang dilakukan oleh institusi pendidikan dalam mengatasi masalah sosial ini sedangkan kehidupan di universiti ataupun life campus sememangnya terdedah dengan kehidupan sosial. Tambahan lagi di ibu kota dan bandarya yang menyediakan kemudahan sosial seperti kelab dan sebagainya. Kehidupan kampus ini yang dihadapi oleh para bakal pendidik ini juga sosial...bagaimana nak mendidik anak-anak murid supaya tidak terdedah dengan gejala sosial???

Akan bersambung.....

Thursday, November 5, 2009

selamat bertemu...

Salam dan selamat bersua di dalam pertemuan maya ni...rasanye blog ni dh lme xbergerak sbb ad perkara lain yg lbih mmerlukan perhatian sy. Walau bagaimanapun insyaAllah blog ni akan sentiasa akan mengalami penambahbaikkan dari masa ke semasa...tujuan sy buat blog ni pun dulu utk suke2...dan skang sy kne serius...sbb dengan kehidupan yg semakin mendesak memakse kite sentiasa bersaing sesama lain bg mencambahkan pendapat dan pandangan walaupun hanya di blog....bermula di saat ini juga sy berazam utk memartabatkan Islam yg syumul dan bukan lg Islam sekadar zahiriah tetapi batiniah juga. Jika kita lihat skang ramai yg terlibat dengan gejala sosial yg rumit bukan dalam kalangan remaja malah dalam kalangan pemimpin politik juga...impian sy adlh untuk menjadikan dan melahirkan suasana masyarakt yg Islamiah dan bukan lg dipisahkan dgn fahaman politik dan darjat material dan pangkat serta kedudukan....moga saudara semua dapat bersama2 kita menegakkan daulah Islamiah....

kunjungi website ini
http://mystarskaa.webs.com

Related Posts with Thumbnails

TV PPI UPSI

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More